FLO GLO PAKAR™

FLO GLO PAKAR™ merupakan singkatan untuk frasa Focused Learning Organiser-Generate Learning Outcomes, sebuah konsep yang kami reka dan gunakan sejak beberapa tahun dahulu. PAKAR, yang merupakan singkatan untuk frasa Pandai di bidang Karangan, mengutamakan teknik-teknik menarik dan efektif untuk digunakan oleh pelajar-pelajar Bahasa Melayu demi menyempurnakan setiap karya karangan mereka.

Program ini membimbing para pelajar menguasai 8 kemahiran utama FLO GLO™ yang mudah diingat dan difahami. Kemahiran yang akan dipelajari membolehkan setiap peserta bengkel bercerita dengan berkesan, satu bakat kehidupan yang amat penting untuk berjaya dalam kerjaya, contohnya, di bidang pemasaran.

FLO GLO PAKAR

Rincian Program

Nama Program

FLO GLO PAKAR™

Tujuan
  • Menyemarakkan minat menulis
  • Belajar kaedah penulisan naratif dan deskriptif langkah demi langkah
  • Berupaya menganalisa karangan untuk mengesan kekuatan dan kelemahan
  • Berupaya merancang sebuah karangan yang baik
  • Berupaya menggunakan teknik-teknik penulisan berdasarkan sistem FLO GLO PAKAR™
Sekolah Utama

Maktab INDUK, The Experitas Academy

Jenis Program

Bengkel Penulisan Kreatif

Sasaran Peserta

Pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah

Penerangan

Sistem FLO GLO PAKAR™ telah dicipta oleh Cikgu Karmin Abbas, seorang mantan guru Raffles Institution yang mempunyai lebih dari 30 tahun pengalaman mengajar Bahasa Melayu di sekolah-sekolah Singapura. Dengan sistem ini, peserta boleh mengarang dengan menggunakan kaedah-kaedah inovatif seperti JALAN CERITA, RANGSANG RAMBANG, TANGAN BIJAK, DEBAR, KEPO, BAYANG dan macam-macam lagi.

Sistem ini mengandungi paling sedikit 8 kemahiran utama. Dengan memiliki kemahiran-kemahiran ini, seseorang peserta bengkel ini akan menjadi lebih bijak mengarang dalam waktu yang cukup singkat.

Daya Tarik

Keberkesanan program ini telah terbukti sejak 2001

Sistem FLO GLO PAKAR™ ini bukanlah sesuatu yang baru. Ia telah diperkenalkan sejak 2001 dan diperhalusi selama 15 tahun sehingga menjadi satu produk yang sangat sempurna.

Sistem ini telah diajarkan kepada ribuan pelajar dari, paling sedikit, 100 sekolah dalam waktu satu dekad. Angka yang besar ini adalah bukti bahawa program ini mendapat sambutan yang amat baik oleh sekolah-sekolah di Singapura.

Jika bergabung, anda akan merasa tenang kerana berdasarkan rekod prestasi kami, matlamat pembelajaran setiap peserta bengkel kami boleh tercapai dengan penuh keyakinan tanpa was-was lagi.

Mudah - Hanya 5 Minit untuk Mengarang!

Dengan menggunakan sistem FLO GLO PAKAR™, tidak mustahil untuk seseorang pelajar menghasilkan sebuah karangan yang lengkap dalam masa 5 minit! Menulis karangan kini bukan lagi satu tugasan yang sulit dan membosankan. Malahan, hasil penulisan karangan akan menjadi lebih baik dan bertambah baik setiap kali sistem ini digunakan. Tiada lagi ungkapan "Tidak ada idea, lah!"

Kelab Penulis

Setiap pelajar yang menghadiri bengkel kami akan bergabung dengan Kelab Penulis dimana mereka boleh meneroka di bidang penulisan dan belajar dari penulis-penulis bahasa setempat dan di nusantara. Untuk manfaat lebih lanjut, klik di sini.

Masuk Percuma ke Portal Mengarang

Setiap anggota kelab menulis dapat menggunakan portal bahasa kami. Dengan alat ini, tergantung pada program-program yang telah disediakan, anggota boleh membaca karya-karya penulis yang lain, mendapatkan bimbingan dan macam-macam lagi.

Kelab Guru Karangan

Setiap guru karangan yang menjadi anggota kelab kami juga akan mendapat berbagai-bagai faedah. Satu daripada matlamat kami adalah membantu guru-guru yang mengajar karangan dengan menyediakan pelbagai bantuan dalam bentuk bahan pengajaran supaya guru boleh menumpukan perhatian mereka pada proses mendidik.

Tempoh

12 bulan

Daya Tampung

Maksimum 30 murid setiap kelas

Lokasi

Untuk saat ini, program ini boleh dikendalikan di sekolah-sekolah, di lokasi mitra resmi kami, atau di pusat kami di:

Utara Singapore
Suite Experitas @A'Posh BizHub
1 Yishun Industrial Street 1, #07-25
Singapore 768160
Bayaran

$75 per sesi (sebelum subsidi)

$25 per sesi (setelah subsidi)

$20 per sesi (setelah subsidi) jika jumlah keseluruhan adalah 61 murid ke atas dari setiap sekolah

Untuk tempahan, emel ke: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

Achmad Fadzil

Achmad Fadzil

Programme Administrator
Mustika Fateen

Mustika Fateen

Programme Administrator
Muhd Hairi

Muhammad Hairi

Programme Co-Leader
Karmin Abbas

CG Karmin Abbas

Programme Leader

Upcoming Programmes

  • FLO GLO PAKAR™ +

    Bengkel Penulisan Kreatif Bahasa Melayu Read More
  • GYMClub™ +

    Life Mentorship Programme for Great, Young Men Read More
  • Script.Write.Think™ +

    7 Steps to be a Successful Scriptwriter Read More
  • 1